EN | 中文

申请雇佣外籍员工列表

Dokumen Wajib

1. Borang yang telah lengkap diisi

2. Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan - Form 9, 24 & 49 atau Form B & D (Terkini dan disahkan dalam tahun semasa/dicetak SSM beserta Resit Bayaran pengesahan berkenaan) atau Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM)

3. Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah (Form 49 / Form D)

4. Syarat-Syarat Bagi Wakil Syarikat:
- Terdiri dari peringkat pengurusan syarikat
- Nama tersenarai di dalam Penyata Caruman KWSP terkini
- Kad Pengenalan pemohon
- Surat Perwakilan dari majikan (Ditandatangani oleh Pihak Pengurusan Syarikat)

5. Penyata Caruman KWSP bagi 3 bulan terkini (Borang ‘A’ Tidak Dibenarkan)

6. Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun semasa atau setahun sebelumnya (Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Pengurusan (Kunci Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi) yang disahkan benar oleh Juruaudit)

7. Penyata Bank bagi syarikat untuk 3 bulan terkini (Berturutan) (Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise –Akaun Simpanan/Semasa Pemilik)

8. *Sijil Perakuan Pengesahan Majikan dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

9. Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)(Foreign Workers Compensation Scheme Insurance (FWCS) ) bagi pekerja asing sedia ada (Jika Berkenaan)

10. Memo Periksa Keluar bagi pekerja yang telah pulang atau/dan Laporan Pekerja Lari daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Jika Berkenaan)
* Permohonan pengambilan pekerja asing hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) di pautan https://www.eppax.gov.my bagi permohonan pekerja asing dari negara-negara sumber.

Dokumen Tambahan Sektor Pembinaan

1. Syarat tambahan bagi wakil syarikat yang hadir untuk temuduga:

    - Pegawai Pengurusan Utama (PPU)
    - Borang Pengesahan PPU

2. Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB

3. Letter Of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa

4. Resit Pembayaran Levi CIDB Mengikt Projek Pembinaan / Borang CIDB L2/96 (Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi) / (Borang Pemberitahuan Projek)

5. Borang Pengesahan Pengagihan Pekerja Asing

Dokumen Tambahan Sektor Pertanian

1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)

2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri

3. Perjanjian Sewa Pajak yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian / Sijil Carian Rasmi

4. Pendaftaran / Lesen yang berkaitan Sistem Kultur Laut / Ternakan Ayam / Itik / Burung (Unggas) / Ternak Khinzir daripada Negeri / Daerah

5. Surat sokongan dan / atau Laporan Penilaian daripada Jabatan Pertanian / Perkhidmatan Veterinar / Perikanan daripada Negeri / Daerah bagi pengusaha yang menjalankan aktiviti tanaman / ternakan / akuakultur di tanah milik Kerajaan / Persendirian

6. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)

Dokumen Tambahan Sektor Perladangan

1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)

2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri

3. Perjanjian Sewa Pajak / Kontrak Kerja yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan (Tidak melebihi 1 tahun) oleh Pejabat Tanah dan Galian

4. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)

5. Sijil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) / Lembaga Getah Malaysia (LGM) (bagi Kontraktor - sijil yang disahkan oleh Pemilik Ladang)

6. Surat Pengesahan sebagai Kontraktor oleh Pemilik Ladang (Jika Berkenaan)

Dokumen Tambahan Sektor Perkhidmatan

1. Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan - Akta Rumah Kebajikan (Surat kebenaran beroperasi Jabatan Kebajikan Masyarakat)

2. Lesen Kebenaran Polis (bagi Perniagaan Logam / Barang Lusuh & Kitar Semula)

3. Letter of Award / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa & dimatikan setem asal mengikut nilai kontrak (bagi Pembersihan & Pencucian)

4. Memorandum and Articles (M&A) syarikat (bagi Pembersihan & Pencucian)

5. Perjanjian Sewa Pajak melebihi 3 tahun yang disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah / Bangunan yang disewa

6. Gambar hadapan premis (termasuk papan tanda nama syarikat) & gambar dalam premis


转至手机版
订阅时事通讯
1
Hello! Thanks for visiting my site. Please press Start button to Contact with Admin :)

Start